Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan bersolatlah (doakanlah) untuk mereka, kerana sesungguhnya solatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka." (At-Taubah: 103)
"Dan bersolatlah (doakanlah) untuk mereka, kerana sesungguhnya solatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka." (At-Taubah: 103)
PENGERTIAN SOLAT
Perkataan "Solat" beerti DOA dan menurut istilah syarak, solat ialah
beberapa perkataan dan perbuatan yang didahului dengan takbir dan diakhiri
salam dengan syarat-syarat tertentu. Sebelum melakukan ibadat solat,
seseorang itu mestilah terlebih dahulu menyucikan diri daripada hadas dan
najis. Sekiranya ibadat solat itu dilakukan dalam keadaan dirinya kotor,
maka amalan tersebut tidak sah. Solat merupakan tanda pertalian terus
seorang hamba dengan Allah. Islam memfardhukan ke atas umatnya
melaksanakan solat wajib sebanyak lima waktu sehari semalam.
- Solat Asar sebanyak 4 rakaat
- Solat Maghrib sebanyak 3 rakaat
- Solat Isyak sebanyak 4 rakaat
- Solat Subuh sebanyak 2 rakaat
- Solat Zohor sebanyak 4 rakaat
HUKUM
BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
- Orang yang meninggalkan solat boleh mendedahkan diri kepada kekufuran kerana meninggalkan Rukun Islam.
- Orang yang mengingkari kewajiban solat adalah kufur kecuali dia baru menganut agama Islam sedangkan dia belum mengetahui hukum wajibnya.
- Bagi yang meninggalkan dengan sebab segan atau malas tetapi mengakui kewajiban solat, terdapat dua pendapat mengenai perkara ini :
- a) Menurut Abu Hanifah ; Tidak menjadi kafir tetapi boleh dikenakan hukum takzir serta dipenjarakan sehingga dia kembali solat. Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja ini termasuk dalam orang yang berdosa.
- b) Menurut Saidina Ali dan Imam Ahmad Hambal ; Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hukumnya kafir kerana mengingkari perintah Allah
- Kesimpulannya : Orang yang meninggalkan solat disebabkan malas atau sengaja adalah fasik, kerana telah melakukan dosa besar iaitu mengabaikan salah satu daripada Rukun Islam.
DALIL
YANG MEWAJIBKAN SOLAT
Firman
Alah s.w.t yang bermaksud :
1] ...
maka dirikanlan solat. Sesungguhnya solat itu suatu kewajipan yang
ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin. (an-Nisa ... 103)
Hadis
Rasulullah s.a.w :
1] Solat
itu tiang agama, sesiapa yang mengerjakannya, dia akan menegakkan agamanya.
Sesiapa yang meninggalkannya, dia akan meruntuhkan agamanya. ( Riwayat
Baihaqi )
2]
Suruhlah anak-anak kamu mengerjakan solat apabila berusia tujuh tahun dan
pukullah mereka jika meninggalkannya bila berumur sepuluh tahun dan
pisahkanlah mereka di tempat tidur. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Al -
Hakim)
SYARAT-SYARAT WAJIB SOLAT
- Islam
- Baligh
- Berakal
WAKTU
YANG DIMAKRUHKAN SOLAT TANPA SEBAB-SEBAB TERTENTU
- Selepas solat subuh sehingga matahari naik.
- Ketika matahari naik dengan kadar segalah
- Ketika matahari berada tegak di atas kepala.
- Selepas solat asar sehingga matahari jatuh.
- Ketika matahari terbenam.
No comments:
Post a Comment